1) Masjidil Haram,
Makkah, Arab Saudi
Masjidil Haram, Makkah, Arab
Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada
di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan
sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar
termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung
sehingga 4 juta Jemaah.
2) Masjid Nabawi
Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi
Muhammad SAW.
3) Masjid Al-Aqsa,
Baitulmaqdis, Palestin
Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
4) Masjid Zahir,
Kedah, Malaysia
Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.
5) Masjid Sultan Omar
Ali Saifudin, Brunei
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi
antara tarikan utama pelancong.
Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.
Sumber sinarharian
No comments:
Post a Comment