Tuesday 14 October 2014

6 Jambatan Paling Unik di Dunia

1 Jambatan seni, Jerman

Terletak di Kromlau, Jerman,Jambatan Rakotz bukan hanya sekadar menjadi penghubung kepada pelancong yang ingin menyeberang.Mempunyai reka bentuk yang menarik, jambatan ini juga sering dijadikan lokasi pelancong menangkap gambar. Ramai berpendapat bahawa jambatan ini adalah hasil karya seni terbaik. Rakotz terletak di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan tasik. Bentuknya yang melengkung kelihatan bulat sempurna dikelilingi dengan air tasik yang memantulkan bayanganya.



2. Jambatan melengkung, Malaysia

Arkitek Mayur Kanaiya telah memberikan sentuhan yang sangat cantik di Langkawi melalui jambatan yang direkabentuk olehnya. Dia telah mereka bentuk jambatan bernama Sky Bridge dengan bentuk melengkung atau berliku. Jambatan sepanjang 125 meter berakhir di puncak Gunung Mat Cincang.Menurut beliau jambatan ini membolehkan pengunjung merasai pengalaman melihat secara terus hutan kanopi dan kehidupan liar.


3. Jambatan alam, India

Selain menggunakan batu bata, simen atau besi, sebuah kampung di Cherrapunji,India dengan kreatif telah membina jambatan dari akar pohon. Selain menggunakan akar, para penduduk tempatan juga menggunakan buluh sebagai bahan penyokong. Tidak hanya satu, terdapat beberapa jambatan alam yang dibina penduduk Cherrapunji.Ses0etengah jambatan mempunyai panjang lebih dari 30 meter dan mampu dilalui oleh 50 orang.




4. Jambatan tenggelam, Belanda

Umumnya kebanyakkan jambatan dibina bagi menghubungkan dua tempat air yang
berasingan .Jambatan juga biasanya berada di atas permukaan air. Namun terdapat perbezaan di Fort de Roovere, Belanda. Jambatan ini tenggelam di bawah tanah dan belahan tasik kecil menghalang airnya dari bergerak. Pengunjung yang melalui laluan ini harus berjalan di laluan parit yang menjadi jambatan. Dinding jambatan ini berfungsi sebagai empangan bagi menghalang keluarnya air.

 


5. Jambatan akrobatik, Inggeris

Di London, Inggeris, terdapat sebuah jambatan unik yang boleh dilipat, iaitu Rolling Bridge . Terletak di Grand Union Canal di Paddington Basin, jambatan ini boleh dilipat dan melengkung atau kebiasaan disebut sebagai aksi akrobat. "Setiap tengahari Jumaat , jambatan ini akan memperlihatkan aksi akrobatik yang boleh membuatkan banyak orang kagum," ujar Koen Kas, seorang usahawan dari Belgium .
 

6. Jambatan batu, Yaman

Desa Shaharah di Yaman mempunyai jambatan yang menakjubkan. Sangat jelas, jambatan ini dibuat dari batu dan dibuat secara langsung oleh manusia. "Jambatan batu menunjukkan kegigihan umat manusia untuk mengatasi halangan fizikal," kata jurutera mekanikal, Achilleas Vortselas.




   Sumber detiktravel                                                                                                                                                                                                           



No comments:

Post a Comment