Tuesday 14 October 2014

CINTA ZAMAN KANAK-KANAK MENJADI KENYATAAN

Adakah anda mempunyai kekasih zaman kanak-kanak? Dalam banyak kes, kekasih zaman kanak-kanak lebih cenderung untuk menjadi jiran atau rakan sekolah.Dimana  kita menghabiskan banyak waktu untuk bermain. Dan sesetengah apabila dewasa mungkin membawa haluan masing-masing.

Walau bagaimanapun, takdir adalah satu perkara yang misteri. Jika anda ditakdirkan untuk satu sama lain,mungkin anda akan bertemu antara satu sama lain  walaupun selepas berpisah selama 18 tahun selain, seperti pasangan kekasih ini!

Zi-heng Wang dari Henan Province, China, bertemu cinta pertamanya ketika dia berusia enam tahun. Gadis tersebut yang merupakan jiran sebelah rumahnya iaitu Qian-qian. Mereka sering bermain bersama-sama semasa kecil.


Pada usia enam tahun, dia memberitahu ibunya bahawa dia bertekad untuk berkahwin Qian-qian apabila dia membesar.

Seperti banyak kisah-kisah zaman kanak-kanak, Wang dan Qian-qian terputus hubungan apabila keluarga Wang berpindah. Namun mereka kembali bertemu selepas 18 tahun dan mencetuskan kembali perasaan cinta dalam hati mereka.

Di usia 24 tahun-pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan  pada 7 September tahun ini.Menariknya mereka turut merakamkan detik indah diatas jambatan yang pernah datang sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.



Sumber citifmonline

SENARAI 5 MASJID TERCANTIK DI DUNIA

1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi

Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.



2) Masjid Nabawi

Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi
Muhammad SAW.


3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin

Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.


4) Masjid Zahir, Kedah, Malaysia

Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.


5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei

Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi
antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.





                                                                                                                                                  Sumber  sinarharian                                                                                                             
                                                                



6 Jambatan Paling Unik di Dunia

1 Jambatan seni, Jerman

Terletak di Kromlau, Jerman,Jambatan Rakotz bukan hanya sekadar menjadi penghubung kepada pelancong yang ingin menyeberang.Mempunyai reka bentuk yang menarik, jambatan ini juga sering dijadikan lokasi pelancong menangkap gambar. Ramai berpendapat bahawa jambatan ini adalah hasil karya seni terbaik. Rakotz terletak di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan tasik. Bentuknya yang melengkung kelihatan bulat sempurna dikelilingi dengan air tasik yang memantulkan bayanganya.



2. Jambatan melengkung, Malaysia

Arkitek Mayur Kanaiya telah memberikan sentuhan yang sangat cantik di Langkawi melalui jambatan yang direkabentuk olehnya. Dia telah mereka bentuk jambatan bernama Sky Bridge dengan bentuk melengkung atau berliku. Jambatan sepanjang 125 meter berakhir di puncak Gunung Mat Cincang.Menurut beliau jambatan ini membolehkan pengunjung merasai pengalaman melihat secara terus hutan kanopi dan kehidupan liar.


3. Jambatan alam, India

Selain menggunakan batu bata, simen atau besi, sebuah kampung di Cherrapunji,India dengan kreatif telah membina jambatan dari akar pohon. Selain menggunakan akar, para penduduk tempatan juga menggunakan buluh sebagai bahan penyokong. Tidak hanya satu, terdapat beberapa jambatan alam yang dibina penduduk Cherrapunji.Ses0etengah jambatan mempunyai panjang lebih dari 30 meter dan mampu dilalui oleh 50 orang.




4. Jambatan tenggelam, Belanda

Umumnya kebanyakkan jambatan dibina bagi menghubungkan dua tempat air yang
berasingan .Jambatan juga biasanya berada di atas permukaan air. Namun terdapat perbezaan di Fort de Roovere, Belanda. Jambatan ini tenggelam di bawah tanah dan belahan tasik kecil menghalang airnya dari bergerak. Pengunjung yang melalui laluan ini harus berjalan di laluan parit yang menjadi jambatan. Dinding jambatan ini berfungsi sebagai empangan bagi menghalang keluarnya air.

 


5. Jambatan akrobatik, Inggeris

Di London, Inggeris, terdapat sebuah jambatan unik yang boleh dilipat, iaitu Rolling Bridge . Terletak di Grand Union Canal di Paddington Basin, jambatan ini boleh dilipat dan melengkung atau kebiasaan disebut sebagai aksi akrobat. "Setiap tengahari Jumaat , jambatan ini akan memperlihatkan aksi akrobatik yang boleh membuatkan banyak orang kagum," ujar Koen Kas, seorang usahawan dari Belgium .
 

6. Jambatan batu, Yaman

Desa Shaharah di Yaman mempunyai jambatan yang menakjubkan. Sangat jelas, jambatan ini dibuat dari batu dan dibuat secara langsung oleh manusia. "Jambatan batu menunjukkan kegigihan umat manusia untuk mengatasi halangan fizikal," kata jurutera mekanikal, Achilleas Vortselas.




   Sumber detiktravel