1 Jambatan seni, Jerman
Terletak di Kromlau, Jerman,Jambatan Rakotz bukan
hanya sekadar menjadi penghubung kepada pelancong yang ingin menyeberang.Mempunyai
reka bentuk yang menarik, jambatan ini juga sering dijadikan lokasi pelancong
menangkap gambar. Ramai berpendapat bahawa jambatan ini adalah hasil karya seni
terbaik. Rakotz terletak di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan tasik.
Bentuknya yang melengkung kelihatan bulat sempurna dikelilingi dengan air tasik
yang memantulkan bayanganya.
2. Jambatan melengkung,
Malaysia
Arkitek Mayur Kanaiya
telah memberikan sentuhan yang sangat cantik di Langkawi melalui jambatan yang direkabentuk
olehnya. Dia telah mereka bentuk jambatan bernama Sky Bridge dengan bentuk
melengkung atau berliku. Jambatan sepanjang 125 meter berakhir di puncak Gunung
Mat Cincang.Menurut beliau jambatan ini membolehkan pengunjung merasai
pengalaman melihat secara terus hutan kanopi dan kehidupan liar.
3. Jambatan alam, India
Selain menggunakan batu
bata, simen atau besi, sebuah kampung di Cherrapunji,India dengan kreatif telah
membina jambatan dari akar pohon. Selain menggunakan akar, para penduduk tempatan
juga menggunakan buluh sebagai bahan penyokong. Tidak hanya satu, terdapat
beberapa jambatan alam yang dibina penduduk Cherrapunji.Ses0etengah jambatan
mempunyai panjang lebih dari 30 meter dan mampu dilalui oleh 50 orang.
4. Jambatan tenggelam, Belanda
Umumnya kebanyakkan jambatan dibina bagi menghubungkan
dua tempat air yang
berasingan .Jambatan juga biasanya berada di atas
permukaan air. Namun terdapat perbezaan di Fort de Roovere, Belanda. Jambatan
ini tenggelam di bawah tanah dan belahan tasik kecil menghalang airnya dari
bergerak. Pengunjung yang melalui laluan ini harus berjalan di laluan parit
yang menjadi jambatan. Dinding jambatan ini berfungsi sebagai empangan bagi
menghalang keluarnya air.
5. Jambatan akrobatik, Inggeris
Di London, Inggeris, terdapat sebuah jambatan unik
yang boleh dilipat, iaitu Rolling Bridge . Terletak di Grand Union Canal di
Paddington Basin, jambatan ini boleh dilipat dan melengkung atau kebiasaan
disebut sebagai aksi akrobat. "Setiap tengahari Jumaat , jambatan ini akan
memperlihatkan aksi akrobatik yang boleh membuatkan banyak orang kagum,"
ujar Koen Kas, seorang usahawan dari Belgium .
6. Jambatan batu, Yaman
Desa Shaharah di Yaman mempunyai jambatan yang
menakjubkan. Sangat jelas, jambatan ini dibuat dari batu dan dibuat secara
langsung oleh manusia. "Jambatan batu menunjukkan kegigihan umat manusia
untuk mengatasi halangan fizikal," kata jurutera mekanikal, Achilleas
Vortselas.